Wednesday 11 March 2015

Sejarah Sekolah


Sejarah Sekolah


Pada awal 60an penduduk Kampung Ayer Puteh telah membuat rayuan kepada Pengerusi Pembangunan Luar Bandar dan Tuan Pengarah Pelajaran Kedah supaya diadakan sebuha sebuah sekolah di Ayer Puteh kerana ramai ibu bapa tidak mampu menghantar anak-anak mereka ke sekolah luar.

Atas daya usaha pemimpin-pemimpin iaitu En Mohd Noh bin Haji Hasim dan En Alwi bin Mohamad, akhirnya sebuah sekolah empat bilik darjah telah diluluskan pembinaanya oleh kerajaan



Tuesday 10 March 2015

Lagu Sekolah


Lagu Sekolah


KEMERCU KEJAYAAN


Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh
Visi dan misi ke arah cemerlang
Guru mendidik tanpa jemu letih
Demi mencapai agenda cemerlang

Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh berharga
Warganya menjunjung satu wawasan
Sabar tempuh dugaan, jerih pedih
Untuk menggenggam segala harapan

Tanamkan azam cita cita tinggi
Ingat jasa ibu bapa amat berharga
Bentuk diri dengan akhlak terpuji
Kejayaan milik kita bersama

Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh
Memohon restu dan berkat Illahi
Bersama usaha tekun dan gigih
Melahirkan modal insan berbakti



Lagu  : M. Faizal M. Arshad

Lirik : Suraya A. Moin




Kejayaan Pasukan Bola Baling Perempuan





Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan usaha yang berterusan, buat pertama kalinya, pasukan Bola Baling sekolah telah mencatatkan dalam Kejohanan Bola Baling Peringkat PKG Bandar Baharu yang diadakan pada 2 Februari 2015. Pasukan sekolah telah muncul sebagai Johan PKG dan mewakili PKG ke peringkat daerah. Dalam kejohanan daerah, pasukan bola baling ini telah muncul sebagai Naib Johan Daerah Kulim Bandar Baharu. Berikut adalah keputusan perlawanan

Peringkat PKG Bandar Baharu

SKAP vs SKLB         :  7-0
SKAP vs SKBB         :  2-0
SKAP vs SKSKU      :  3-0

Keputusan : Johan PKG


Peringkat Daerah

SKAP vs PKG Kulim             : 0-1
SKAP vs PKG Serdang          : 3-1
SKAP vs PKG Padang Serai  : 2-0
SKAP vs PKG Sungai Ular    : 2-2

Keputusan : Naib Johan Daerah

Saturday 7 March 2015

Selamat Datang ke Laman Blog Sekolah Ayer Puteh


Selamat Datang ke Laman Blog Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh. Blog ini masih dalam proses pembangunan. Harap bersabar